Isnin, 27 Julai 2009
lama dah aku tak berpantun..tetiba mood berpantun dtg time lunch hour hr ni...
burung serindik riuh setaman,
leka mengusik si bunga selasih,
tabahkan hati teguhkan iman,
yakin lah Allah Maha Pengasih.
sungguh hebat ciptaan ilahi,
bersyukurlah kita kepadaNya,
dugaan datang untuk menguji,
cekalkan hati terima takdirNya.
hidup muafakat membawa berkat,
patuh dan taat kepada tuhan,
rezeki dan jodoh telah tersurat,
tabah dan redha dengan ketentuan.
alunan zikir indah memuji,
basahi lidah sebut namaNya,
mengumpat mengeji jangan sekali,
bermaaf-maafan sesama kita.
Subscribe to:
Catat Ulasan (Atom)





0 ulasan:
Catat Ulasan